Skip to main content

SEPULUH (10) ‘STILL PICS’ TEKNOLOGI & INOVASI BIDANG KEJURURAWATAN ATAU PERUBATAN DAN KESIHATAN


1.      VEIN FINDING TOOL

Direka untuk memudahkan jururawat mahupun doktor untuk memasukkan jarum mahupun branula dengan cara menyediakan imej urat darah yang jelas dan segera melalui dua kawalan butang. Peranti yang mudah digunakan ini dilengkapkan bersama ketetapan bagi kegunaan untuk pesakit dewasa dan juga kanak-kanak.

2.      STETHEE ‘SMART’ STETHOSCOPE

Stetoskop versi moden ini dapat mengambil dan menganalisis data keadaan jantung dan paru-paru melalui Bluetooth, berfungsi melalui aplikasi telefon pintar untuk kedua-dua peranti Apple IOS dan Google Android.




3.      3D PRINTING

Prostetik, implan, stent saluran udara serta produk kesihatan kini boleh dihasilkan secara 3D mengikut kesesuaian pesakit dan spesifik berdasarkan bentuk tubuh badan pesakit. Teknologi ini memberi kesenangan kepada pesakit dan meningkatkan kedayaupayaan rawatan kerana telah dihasilkan selepas mengambil ukuran badan pesakit dan pada masa yang sama menawarkan risiko yang minimal untuk mengalami komplikasi selepas pembedahan. 3D printing juga diaplikasikan dalam perancangan pembedahan seperti kes pembedahan jantung.

4.      IMMUNOTHERAPY

Imunoterapi telah merevolusikan rawatan kanser dengan membantu sistem imun dalam melawan tumor. Terapi ini telah mendemonstrasi potensi tinggi dalam rawatan menangani tumor jenis pejal seperti melanoma dan kanser paru-paru.




5.      ROBOTIC SURGERY

Membantu doktor bedah dalam bilik pembedahan di samping mengurangkan jangka masa pemulihan pesakit dan mempercepatkan proses pembedahan.

6.      ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI)

AI dapat menetapkan diagnosis perubatan dan membantu doktor dalam mengenalpasti patologi sesuatu penyakit berdasarkan diagnostic scans. Selain itu, AI mampu menterjemahkan keadaan pesakit.

7.      STROKE VISOR

Mengesan sesetengah patologi otak seperti strok, trauma dan pembengkakan yang berlaku di dalam kepala.

8.      CHIP MONITORS BLOOD SUGAR LEVELS

Syarikat Admetsys telah menghasilkan satu teknologi yang dapat memantau paras gula dalam darah pesakit secara berterusan. Artificial intelligence dalam teknologi ini juga menentukan keperluan dalam pemberian glukos atau insulin kepada pesakit secara terus melalui drip yang telah dipasangkan kepada pesakit.

9.       HEART VALVE REPLACEMENT

Kemajuan teknologi yang terkini meningkatkan kedayaupayaan dalam melaksanakan pembedahan jantung secara selamat. Kini pembedahan untuk menggantikan injap aortic, mitral, atau tricuspid boleh dilakukan melalui kateter sahaja tanpa perlu melakukan open-heart surgery dan lebih memberikan hasil yang baik buat pesakit.

10.  PATIENT MONITORING SYSTEM REDUCING FALL RATES

Sistem berasaskan pemantauan video untuk meningkatkan keselematan pesakit di wad dan mengurangkan kos staf.


Comments

Popular posts from this blog

Air Cooler DIY

Bahan-Bahan Pembuatan: 1) Balang 2) Botol Air (Kecil) 3) Kipas 4) 3 Gegelang Getah Pilih balang mengikut saiz yang sesuai untuk meletakkan ais yang banyak Potong pada hujung balang dan penutup balang sekurang-kurangnya dalam  separuh bulatan bagi memberi ruang untuk meletakkan ais Pastikan setiap penghujung mempunyai lubang yang separas setelah dipotong Potong bahagian hujung pada bahagian penutup botol untuk dijadikan tempat pengumpulan air (dari ais yang cair) 3 gegelang getah yang kuat dan tidak mudah putus Kipas yang sebesar penutup balang tersebut Tebukkan lubang kecil untuk mengalirkan air (dari ais yang cair) Potong bahagian kecil dari botol kecil untuk dijadikan corong untuk pengaliran udara sejuk Pasang dan satukan kesemua bahagian menggunakan 3 gegelang getah